Pernah dengar tak perkataan Intermittent Fasting? Intermittent Fasting atau IF sebenarnya bukanlah sama seperti diet macam diet keto, diet atkins, diet suku-suku separuh, diet rendah kalori dan bermacam-macam lagi diet yang banyak di guna di luar sana. Sebab, kebiasaan diet-diet yang biasa kita dengar, lebih merujuk kepada apa yang akan kita makan.
Manakala, Intermittent Fasting ini, lebih kepada bila kita makan. Dengan melakukan IF, kita hanya boleh makan dalam tempoh yang tertentu. Kajian menunjukkan bila seseorang melakukan IF ini untuk tempoh lebih dari satu atau dua hari, menunjukkan kesan yang sangat bagus untuk kesihatan.

BAGAIMANA NAK MELAKUKAN IF?
Intermittent Fasting ni, boleh di lakukan dalam beberapa tempoh, Antara tempoh puasa yang sangat terkenal adalah 13:11, 16:8, 18:6, 20:4, 36 jam, dan ada yang buat lebih daripada satu hari. Setiap nombor di hadapan, adalah merujuk kepada tempoh kita berpuasa, manakala nombor di belakang adalah merujuk kepada tempoh kita boleh makan. Sebagai contoh, 13:11 ini bermaksud, 13 jam kita berpuasa, dan 11 jam pula adalah tempoh kita boleh makan.
Tempoh Intermittent Fasting yang paling popular adalah 16:8. Namun, jika anda baru lagi nak buat IF, anda boleh bermula dengan 13:11.
Antara kaedah yang mudah untuk anda yang baru merancang
untuk melakukan Intermittent Fasting, anda boleh bermula dari jam makan malam sehingga makan siang keesokkan harinya. Sebagai contoh, jika anda biasanya berhenti makan malam pukul 8 malam, maka anda dah boleh mulakan IF anda jam 8 malam. Dari pukul 8 malam sehingga 8 pagi, tempoh tidak makan anda adalah 12 jam. Jika anda belum lapar, anda boleh teruskan sehingga pukul 9 pagi, untuk menggenapkan tempoh IF, 13 jam. Jika masih boleh bertahan, anda boleh teruskan sehingga waktu makan tengahari. Jadi, tempoh tidak makan anda, akan menjadi lebih panjang.
Bila anda merancang untuk melakukan Intermittent Fasting, pastikan jangan lupa untuk mengambil air yang mencukupi, terutamanya sepanjang tempoh anda berpuasa. Terdapat beberapa jenis air yang anda boleh ambil, sepanjang tempoh berpuasa.
Seperti yang di kongsikan oleh Doktor Eric Berg, Doktor Jason Fung serta Doktor Sten Ekberg, di dalam channel youtube mereka, tidak semua jenis minuman, kita boleh ambil sepanjang melakukan Intermittent Fasting. Antara jenis minuman yang kita boleh ambil adalah:
- air putih biasa
- air putih di campur dengan apple cider vinegar
- air putih di campur dengan limau
- kopi hitam tanpa gula
- kopi hitam yang di campur dengan VCO atau mentega
- teh hijau atau teh herba
Jika anda perasan, semua air ini adalah air yang tidak di campur dengan sebarang manisan.
SIAPA YANG BOLEH MELAKUKAN IF DAN MEREKA YANG TIDAK DI GALAKKAN UNTUK MELAKUKANNYA
Intermittent Fasting boleh di lakukan oleh semua golongan dewasa. Jika anda ada penyakit yang memerlukan permantauan oleh doktor seperti kencing manis, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum memulakannya. Mereka yang tidak di galakkan untuk melakuan IF adalah seperti kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, orang yang underweight dan orang yang ada masalah ketidakcukupan nutrisi dalam badan.
Menurut Doktor Jason Fung, Intermittent Fasting dapat membantu mereka yang ada kencing manis jenis kedua, menjadi lebih sihat. Bahkan bacaan gula akan lebih cantik dan normal.
Kebiasaannya, mereka yang melakukan Intermittent Fasting
Anda pernah dengar tak nama Agostino "Angus" Giuseppe A Barbieri (1939 – 7 September 1990)? Beliau telah melakukan Intermittent Fasting paling lama dalam rekod dunia, iaitu 392 hari. Berat asal beliau sebelum melakukan IF adalah 456 pounds (207 Kg). Beliau cuma berhenti melakukan IF, setelah mencapai berat badan yang beliau inginkan, iaitu 180 pounds (82 Kg). Sepanjang tempoh melakukan IF, 392 hari, beliau telah hilang berat badan sebanyak 276 pounds (125 Kg). Menarikkan?
Jika selama ini, anda telah melakukan pelbagai jenis diet, namun tidak mendapat berat badan yang anda inginkan, cubalah buat Intermittent Fasting. Mana tahu, anda berjaya mendapat berat yang anda inginkan.
Berminat nak lebih tahu banyak lagi maklumat mengenai Intermittent Fasting, boleh singgah di blog sahabat saya, Puan Elly Shasha. Best tau, banyak info menarik mengenai IF.
[signoff]
Comments
Post a Comment