Assalamualaikum semua. Intermittent Fasting adalah antara puasa yang menjadi pilihan ramai orang pada masa kini. Lebih-lebih lagi pada mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Namun begitu, kita cuma di momokkan dengan kelebihan intermittent fasting, dan membuatkan ramai yang terlupa, di sebalik kebaikan ada juga keburukan yang tersembunyi.
Hari ini, fatim ingin kongsikan beberapa ilmu yang fatim dapat dari kelas bersama pakar Saintis, Dr Redza, pada hari sabtu yang lepas. Banyak ilmu yang fatim pelajari daripada beliau, termasuklah keburukan intermittent fasting, yang fatim yakin, ramai yang tidak sedar.

5 Keburukan intermittent Fasting Yang Tidak Anda Sedari

1. Emosi Akan Terganggu
Anda mungkin pernah mendengar extended intermittent fasting, di mana melakukan puasa tanpa makan melebih 24 jam sehingga 72 jam. Jika anda memaksa diri anda melakukan puasa untuk tempoh yang panjang, secara tidak langsung ia boleh mengganggu emosi anda.
Mungkin anda melakukan IF dan pada masa yang sama, anda turut merasa moody. Namun anda tidak menyangka ia sebenarnya berkait rapat dengan intermittent fasting yang anda lakukan.
Ada orang, akan lebih cepat marah, bila tidak makan sarapan. Namun ada orang merasa stress kerana perut rasa lapar.
Menurut doktor yang fatim dengar melalui youtube, emosi terganggu semasa melakukan intermittent fasting adalah kerana tubuh badan anda tidak biasa dengan lapar. Bila anda memaksa badan untuk lapar, dan badan tidak bersedia, maka emosi akan terganggu.

2. Gangguan pada Hormon Leptin & Incretin
Hormon Leptin adalah hormon yang menyampaikan rasa kenyang daripada otak.
Manakala, hormon Increting adalah hormon yang menghantar isyarat kepada sel darah.
Bila melakukan intermittent fasting, di mana anda hanya boleh minum tetapi tidak boleh makan, boleh membuatkan anda akan cuba makan apa sahaja semasa "eating window". Ada orang yang berfikiran bahawa, "eating window" adalah tempoh untuk makan apa sahaja dan makan sebanyak mana mereka inginkan.
Jika anda berpegang kepada prinsip,
untuk makan apa sahaja dan makan sebanyak mungkin semasa tempoh boleh makan, peluang untuk anda turunkan berat badan pasti akan gagal.
Bila hormon leptin terganggu tindak balasnya, boleh membuatkan anda mengalami insulin resistance. Insulin resistance akan membuatkan anda rasa lapar walaupun sudah makan banyak.
Makan banyak yang tidak terkawal, membuatkan hormon incretin menghantar signal kepada sel darah, dan menukarkan makanan (glukosa) tadi menjadi lemak. Ini membuatkan lemak banyak terhasil dalam sel dan tidak di tukar kepada tenaga.
Gangguan kepada tindak balas incretin bukan sahaja membuatkan lemak semakin banyak, bahkan ia juga menimbulkan penyakit lain seperti kolesterol tinggi, masalah haid tidak teratur, tekanan darah tinggi dan banyak lagi.

3. Penurunan Kolagen Sehingga 90%
Kolagen mempunyai beberapa jenis, iaitu jenis I, II dan III. Kolagen jenis I adalah kolagen yang meliputi kulit, rambut, kuku, organ, tulang & ligamen.
Melakukan intermittent fasting dalam tempoh yang panjang, untuk tujuan mencapai autophagy, boleh mengganggu kolagen jenis I.
Walaupun anda berjaya menurunkan berat badan semasa intermittent fasting, ia boleh membuatkan kulit anda akan menjadi kendur, rambut mudah gugur, kuku tidak sihat dan badan mudah rasa letih. Ini kerana kolagen jenis I telah di serang teruk semasa anda melakukan intermittent fasting extended hours.

4. Tiada Pelan Makanan Yang Khusus
Anda perasan kan, bila anda melakukan intermittent fasting, anda tidak di hadkan untuk makan makanan yang tertentu, seperti keto diet.
Dalam keto diet, anda perlu kurangkan pengambilan protein dan karbohidrat tetapi tinggi lemak. Namun, pelaksanaan intermittent fasting adalah bebas makan apa sahaja yang anda inginkan.
Bayangkan, bila anda melakukan intermittent fasting 18 jam. Dalam tempoh 18 jam berpuasa, badan anda sebenarnya sudah mula melakukan pembakaran lemak. Tetapi, bila anda makan makanan tinggi gula dan ambil minuman manis semasa eating window, ia sebenarnya mengganggu proses "fat burning" yang badan anda sudah capai semasa 18 jam puasa tadi.
Rugi kan. Dah elok badan bersedia untuk turunkan berat badan, kita halang pula proses ini dengan menambah semula glukosa yang mengambil masa untuk di bakar pula.

5. Insomnia
Insomnia atau gangguan kepada waktu tidur semasa melakukan intermittent fasting adalah biasa terutamanya mereka yang baru-baru berjinak dengan intermittent fasting.
Bila anda sukar tidur, secara tidak langsung, anda telah mengaktifkan hormon stress, iaitu hormon kortisol. Hormon stress ini boleh mengganggu proses penurunan berat badan.
Tubuh badan kita boleh membakar lemak semasa tidur, tetapi hormon stress ini membuatkan aktiviti ini tidak dapat berlaku. Bahkan, hormon stress membuatkan berat badan semakin naik.
Macam mana? Keburukan intermittent fasting ini berlaku jika anda tidak mahu mempelajari ilmu intermittent fasting. Sebab itu, tidak semua orang akan merasai kebaikan intermittent fasting, selain hanyalah keburukan seperti di atas.
Tahu tak, kebaikan melakukan intermittent extended hours adalah badan dapat menikmati autophagy.

Apakah Autophagy?
Autophagy adalah berasal dari perkataan greek, bermaksud sel badan memakan sel badan itu sendiri.

Autophagy adalah proses dalam badan, di mana sel memakan sel-sel lama dan sel yang sudah rosak. Tindak balas autophagy ini, serupa seperti proses kitar semula sampah. Di mana, ia adalah proses kitar semula sel-sel badan, dan menjadikan sel-sel sampah menjadi sel yang boleh diguna pakai semula.
Proses autophagy ini membenarkan sel berpisah dari sel yang tidak berguna dan memakannya,
dan sekaligus menghasilkan sel baru yang sihat dan yang boleh berfungsi dengan baik.
Aktiviti autophagy ini sangat berguna kepada mereka yang ada masalah kesihatan kronik seperti kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, penuaan dan banyak lagi.
Biasanya, pesakit-pesakit kronik ini, bila mereka melakukan intermittent fasting, biasanya, kerap melakukan extended hours intermittent fasting, peluang untuk berlaku autophagy semakin tinggi. Semakin tinggi peluang autophagy, semakin tinggi peluang untuk mereka kembali sihat.
[caption id="attachment_3329" align="aligncenter" width="900"]
Antara kebaikan autophagy[/caption]
Bagaimana nak tahu intermittent fasting anda lakukan mencapai autophagy?

Proses Autophagy mula aktif selepas anda berpuasa selama 17 jam dan ia akan berterusan, selagi anda kekal melakukan intermittent fasting extended hours.

Terdapat beberapa cara hidup yang dapat mempengaruhi dan meningkatkan proses autophagy, antaranya:
1. melakukan intermittent fasting
2. makanan makanan tinggi lemak sihat
3. tidur yang mencukupi
4. senaman
Shaklee mempunyai supplements terbaik, yang dapat membantu mengaktifkan proses autophagy ini.
[caption id="attachment_3325" align="aligncenter" width="503"]
Supplements Terbaik Shaklee dapat membantu mengaktifkan autophagy[/caption]
Bila anda berpuasa di bulan ramadhan, khususnya di Malaysia, tempoh berpuasa tidak pernah melebih 14 jam. Jika melakukan intermittent fasting, anda perlu puasa 17 jam dan lebih, bagi mengaktifkan autophagy.
Namun, dengan pengambilan supplements terbaik Shaklee,
seperti Vivix, resV dan CoQ-Trol, ia dapat membantu mengaktifkan autophagy walaupun anda cuma berpuasa kurang dari 17 jam.
Supplements seperti vivix, ResV dan CoQ-Trol mengandungi resveratrol. Resveratrol adalah antara polifenol yang dapat mengaktifkan proses autophagy selain daripada astaxantin, berberine, citrus bergamot & tumeric.
Ambillah Vivix dan CoQ-Trol semasa bersahur. Manakala, ResV pula sebelum tidur. Ini kerana, di dalam ResV juga membantu tubuh badan berehat, sekaligus dapat memberikan tidur yang lena sepanjang malam.
Menarikkan? Bila melaksanakan puasa wajib, inshaAllah dapat ganjaran pahala. Lepas tu, dengan supplements terbaik Shaklee, autophagy pun dapat.
Anda berminat untuk membeli supplements terbaik Shaklee ini?
[signoff]
Comments
Post a Comment