SET HELLO NEW YOU merupakan set Shaklee yang sangat sesuai untuk semua, tidak kira lelaki atau perempuan, yang ingin menurunkan berat badan.
Menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah, tidak seperti mana bila berat badan begitu mudah untuk naik.
Ramai je orang mencuba untuk menurunkan berat badan, tetapi sering kali terkandas di tengah jalan. Agak-agaknya, kenapa ek?
Jadi hari ini, saya ingin berkongsi serba sedikit, sebab-sebab kenapa anda boleh gagal menurunkan berat. Di samping itu, saya juga akan berkongsi beberapa taktik yang di akui, dapat menurunkan berat badan dengan jayanya.
Jom tengok, sebab-sebab kenapa anda boleh gagal menurunkan berat badan.
1. Tak ada niat dan kesungguhan untuk berubah
Pernah tak anda berazam di awal tahun untuk menurunkan berat badan? kalau pernah, cuba anda ingat semula, berapa banyak kali anda berazam, tetapi azam tersebut seringkali di bawa ke tahun yang baru semula.
2. Toksin yang banyak dalam badan
Jika anda antara mereka yang ada masalah sukar untuk membuang atau mereka yang sangat jarang membuang, seminggu sekali baru nak membuang ataupun sebulan sekali baru membuang, bermaksud badan anda sedang mengumpulkan toksin dalam badan, tanpa anda sedar.
Toksin yang banyak ini adalah antara faktor yang menyebabkan anda sukar untuk menurunkan berat badan. Bahkan, ia boleh membuat anda naik berat badan.
3. Makan karbo yang diproses terlalu banyak
Karbo yang di proses antaranya adalah makanan yang berasaskan tepung gandum seperti roti, kuih muih, kek, mee dan banyak lagi yang sangat mudah di perolehi di pasaran sekarang.
Karbo yang di proses ini, jika makan berlebihan, ia bukan sahaja kurang bernutrisi bahkan ia sangat mudah di tukar sebagai glukosa dalam badan. Glukosa yang terlalu banyak, membuatkan sel badan lebih banyak menukarkannya kepada lemak berbanding menjadi tenaga.
4. Banyak makan dan minum air yang mengandungi gula tersembunyi
Di pasaran kini, banyak makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tersembunyi. Kita biasanya kenal nama gula kasar, gula kastor, gula merah atau gula perang.
Namun begitu, banyak nama gula yang kita sendiri jarang dengar seperti:
- dekxtrin corn syrup/ sirap jagung
- dekstrosa
- glukosa
- malt syrup
- maltose
- rice syrup
- fruktosa
- galaktosa
- gula confectioners
- sorghum raw
- sugarrefiner
- sukrose
- sirap jagung
- sirap agave
- gula
- molasasses
- brown sugar
- buttered syrup
- karamel
- gula kastor
- gula demerara
- sirap maple
- barley matt
5. Makanan di jadikan rawatan stress
Ada orang, bila stress je, mereka akan makan dengan banyak tanpa mereka sedar. Ini kerana, bila mengunyah, mereka dapat merasakan bahawa stress mereka semakin berkurangan.
6. Tak buang air besar hari-hari
Jika anda langsung tak membuang air besar berhari-hari, membuatkan toksin terkumpul di dalam badan, sekaligus membuatkan lemak banyak terkumpul di antara lapisan kulit dan organ badan.
Jangan ambil mudah jika anda membuang air besar 3 kali seminggu sahaja.
Ada orang, ada masalah perut buncit, kerana ada masalah untuk membuang air besar. Tak membuang air besar, bukan sahaja berisiko untuk masalah berat badan tak turun-turun, bahkan berisiko untuk mendapat kanser kolon.
7. Makan berat selepas pukul 7 malam
Biasanya, kita akan makan malam selepas isya, betul tak? Tahu tak, makan makanan berat selepas pukul 7 malam, membuatkan kita berisiko untuk naik berat badan. Ini kerana, sistem metabolisme badan adalah sangat rendah selepas pukul 7 malam.
8. Tidak banyak bergerak, banyak duduk
Nak turunkan berat badan, adalah sangat di galakkan untuk melakukan exercise yang dapat mengeluarkan peluh.
Jika tempat anda bekerja ada tangga dan lif, adalah lebih baik untuk anda naik ke tingkat atas menggunakan tangga berbanding menggunakan lif.
9. Tak cukup tidur, kurang rehat
Tidur yang tidak menentu boleh mempengaruhi hormon kortisol. Hormon kortisol jika terlalu tinggi boleh membuatkan lemak banyak tersimpan.
10. Kurang Makan Fiber
Fiber daripada sayur-sayuran hijau, sangat membantu untuk melawaskan sistem pencernaan. Jika sistem pencernaan sihat, maka proses pembuangan najis akan lebih berkesan.
Taktik yang dipercayai dapat menurunkan berat badan
1. Catatkan makanan yang anda ambil
Rekodkan apa yang anda makan dan minum setiap hari. Antara apps yang dapat membantu untuk track rekod seperti MyFitnessPal.
2. Jangan terlalu mengawal makanan yang di ambil
Jika badan anda tersangat letih atau terlalu moody, dan ada masalah untuk mengawal rasa craving. ini mungkin antara tanda-tanda badan anda kurang nutrisi yang perlu.
Jangan kerana ingin kurus dengan cepat, anda makan dengan kuantiti dengan yang sangat sedikit. Cara ini adalah sebenarnya tidak sihat. Walaupun anda boleh berjaya kurus, tetapi ia boleh menjadi diet yo-yo.
3. Kekal terhidrat
Bila lapar, mulakan dengan pengambilan air terlebih dahulu. Kadang-kala, rasa lapar itu bukanlah sebab anda ingin makan, tetapi sebenarnya badan kurang air.
4. Bersarapan dengan makanan tinggi protein
Pengambilan sarapan dengan makanan tinggi protein, dapat membantu rasa kenyang lebih lama.
5. Jangan terlalu mengikuti "Health Halo"
Terlalu menurut "health halo", dalam diet harian, adalah kurang sihat. Jika anda makan makanan yang sihat seperti makan buah-buahan yang segar atau karbo rendah, jangalah makan terlalu banyak.
6. Makan sayur rendah kanji
Pengambilan salad seperti timun, cendawan, brokoli serta kobis bunga sangat bagus, sebab ia bukan sekadar tiada kanji, bahkan kaya dengan vitamin.
7. Ada "me time"
Elakkan stress yang melampau. Bila terlalu stress, badan akan menjadi lebih mudah untuk naik.
8. Unplug your meal
Sepanjang proses untuk menurunkan berat badan, jangan jadikan tempoh makan itu sekadar hanya tempoh untuk mengisi perut sahaja. Jadikan tempoh makan itu adalah perkara yang seronok.
Elakkan makan di depan tv ataupun sedang bermain telefon.
9. Jadikan berjalan-jalan sebagai rutin
Setkan tempoh untuk anda melakukan senaman sebagai rutin. Anda boleh tetapkan tempoh seperti 30-45 minit sehari.
10. Tetapkan rutin masa tidur
Kualiti tidur yang baik sangat membantu menurunkan berat badan dengan jayanya.
Shaklee menyediakan satu set khas untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan lebih efisien, iaitu Set Hello New You. Jika anda berminat, anda boleh klik di Sini untuk membuat pembelian.
[signoff]
Comments
Post a Comment