TAHUKAH ANDA ... Kanser Pangkal Rahim (Kanser serviks) Boleh dicegah.
Kita semua boleh memainkan peranan membantu menyelamatkan wanita daripada kanser serviks ini.
Fakta penting tentang kanser pangkal rahim di Malaysia:
- Merupakan kanser kedua paling kerap yang dialami oleh wanita di Malaysia, selepas kanser payu dara
- Pada 2002, kanser serviks meliputi 12.9% daripada semua kanser wanita di Malaysia
- Hampir setiap wanita yang menghadapi risiko kanser serviks, tanpa mengira usia atau gaya hidup

Soalan 1:
Apakah Kanser Pangkal Rahim?
Jawapan 1:
Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus). Justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks. Serviks menghubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran). Kanser berlaku apabila serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal. Kanser boleh merebak ke bahagian lain badan.
Soalan 2 :
Apakah HPV (Virus Papiloma Manusia)?
Jawapan 2 :
Virus papiloma manusia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum. Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu. HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.
Soalan 3 :
Apakah hubung kait antara HPV dan Kanser Serviks?
Jawapan 3 :
Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapa bulan.
Jangkitan oleh HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim. Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.
Tetapi dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan,
menyebabkan ia menular menjadi kanser pserviks. Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun
Justeru langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) adalah amat penting.
Soalan 4 :
Bagaimana HPV disebarkan?
Jawapan 4 :
HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita, tanpa mengenal usia atau gaya hidup. Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan
Dianggarkan bahawa kira-kira empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua pasangan seks.
Soalan 5 :
Adakah saya masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
Jawapan 5 :
Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita. Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka.
Soalan 6:
Adakah kondom mengurangkan risiko jangkitan HPV?
Jawapan 6 : Kondom mengurangkan risiko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya. Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.
Soalan 7 :
Apakah Pap Smear?
Jawapan 7 :
Pap smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim. Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan.
Soalan 8 :
Bolehkan Kanser Serviks dicegah?
Jawapan 8 :
Sehingga baru-baru ini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian Pap Smear dari masa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit. Vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan kanser pangkal rahim boleh didapati sekarang.
Sumber : GlaxoSmithKline flyer.
.:. Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai angiogenesis, boleh baca di sini. Untuk beli vitamin Shaklee, boleh klik di sini.
[signoff]
Comments
Post a Comment