Set Shaklee Untuk Wanita Mengandung

Bagi WANITA MENGANDUNG, mengetahui informasi tentang perubahan ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan sudah pasti akan dapat membantu memantau dan menjaga tahap kesihatan diri dan bayi.




Secara umumnya, wanita mengandung mempunyai tiga trimester penting. Trimester pertama, adalah tiga bulan pertama. 



TRIMESTER PERTAMA

Biasanya, pada trimester pertama, bentuk tubuh ibu hamil belum menunjukkan perubahan. Namun begitu, terdapat beberapa simptom yang biasanya ibu hamil akan lalui adalah morning sickness. Ia boleh berlaku dengan keadaan teruk atau biasa saja.


Kekurangan nutrisi semasa awal kehamilan, membuat ibu berisiko untuk mendapat beberapa masalah kehamilan seperti bacaan hb rendah. 



TRIMESTER KEDUA


Peringkat kedua, adalah trimester kedua. Trimester kedua adalah ketika kehamilan sudah memasuki bulan ke empat hingga bulan ke enam. Ketika trimester kedua, ibu hamil mungkin akan mendapati morning sickness mulai berkurang. Tubuh badan mulai akan menunjukkan  sedikit perubahan.


Ada sesetengah ibu hamil, pada saat ini, selera makan akan bertambah. Bayi di dalam kandungan akan mula terasa melakukan tendangan yang lembut. 


Ketika kandungan memasuki bulan keempat, degupan jantung boleh di dengar dengan kuat. Biasanya, kita dengar ada orang beritahu, bahawa roh akan mula masuk ke dalam janin, pada kandungan memasuki usia 4 bulan.


Beberapa gejala yang si ibu hamil biasa lalui, bermula di bulan keempat kehamilan, adalah:
  • pedih ulu hati
  • sembelit
  • kejang kaki
  • sakit perut
  • sakit bahagian belakang



TRIMESTER KETIGA

Trimester ketiga adalah peringkat terakhir kehamilan. Ia bermula bila kehamilan memasuki bulan ketujuh sehingga tempoh bersalin.


Ketika tempoh ini, bayi akan mula sangat aktif. Tendangan semakin kuat. Banyak tumbesaran berlaku kepada bayi semasa ini. 


Manakala, ketika saat ini, ibu hamil akan mulai merasakan kontraksi palsu. Jika si ibu kekurangan nutrisi seperti kalsium dan magnesium, risiko untuk mendapat serangan simpul biawak setiap malam akan terjadi. 




VITAMIN YANG SESUAI UNTUK PENUHI NUTRISI WANITA MENGANDUNG





Pengambilan vitamin yang sesuai dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi si ibu hamil dan bayi dalam kandungan.


1. VITA-LIZE

Vitalize kaya dengan iron (zat besi). Ia wajib diambil jika ibu ada masalah mudah pitam, mudah pening ataupun mempunyai  masalah anemia/hb rendah. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. 


Oleh itu, pengambilan multivitamin dan mineral amat penting semasa mengandung.



2. B COMPLEX

Asid folik penting untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.


Asid folik perlu diambil 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Ia bagus diteruskan untuk sepanjang tempoh kehamilan untuk kehamilan yang sihat.





3. SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Vitamin C membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.




4. OSTENUTRIX

Kalsium penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

Bagi wanita mengandung pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot. Kalsium juga penting bagi memastikan denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil.



Pengambilan kalsium yang cukup amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan ‘menarik’ kalsium daripada ibunya. Hal ini akan memberi kesan kepada ibu mengandung seperti osteoporosis di kemudian hari.




5. OMEGA GUARD

Omega Guard Shaklee adalah omega-3. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.

Omega juga membantu mengawal berat badan ibu mengandung terutamanya ibu yang ada GDM kerana omega 3 boleh bantu kawal craving makanan manis.




6. ESP

Protein sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh termasuk kuku, rambut dan kulit . Ia sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.



Protein yang berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat.






Ibu-ibu nak beli vitamin Shaklee?


FATIMAH BINTI TONY 

011-3201 4534 


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#wanitamengandung

Comments