Apakah Stress?
Stress merupakan tindakbalas psikologi dan fisiologi, terhadap sesuatu situasi, yang dianggap sebagai ancaman atau cabaran kepada kita.
- Tekanan boleh mempengaruhi pelbagai sistem dalam tubuh badan, termasuk metabolism, ingatan dan sistem imun.
- Sebagai contoh: Pernah tak ketika anda ingin menjawab peperiksaan yang penting, dan tiba-tiba anda terlupa jawapan kepada soalan yang di berikan?
- Similarly, ketika anda sedang bekerja untuk menyiapkan laporan untuk di hantar kepada boss anda, dan laporan itu mesti di hantar sebelum pukul 5 petang, dan waktu itu sudah pukul 3 petang. Manakala, laporan belum pun siap?
Bagaimanapun, situasi begini boleh membuat anda panik dan di sinilah tekanan mula terjadi.
- Anda akan sedaya upaya untuk cuba mengingati semula jawapan kepada soalan peperiksaan penting, dengan pelbagai cara yang dapat membantu anda ingat semula. Tekanan mulai hilang, bila anda sudah mula dapat membayangkan apakah jawapan kepada soalan tersebut dan berjaya menjawabnya seperti yang anda inginkan.
- Bila menyiapkan laporan, anda mungkin mula mencari laporan lama sebagai rujukan untuk laporan baru atau anda mungkin mendapatkan cadangan dari rakan-rakan sekerja. Dan tekanan ini hanya mulai menurun bila anda sudah menulis di penghujung laporan anda dan saat itu, jam 5 petang masih ada tinggal beberapa minit.
Tekanan semua hilang, sebaik sahaja pekerjaan tadi selesai. Ia berlalu seolah-olah tidak pernah berlaku.
[caption id="attachment_2895" align="aligncenter" width="702"]
Stress boleh mengundang pelbagai kesan yang memudaratkan kepada kesihatan psikologi dan fisiologi jika ia berlarutan dalam tempoh yang lama.[/caption]Sedikit tekanan boleh menjadi tekanan positif dan dapat membantu meningkatkan mutu capaian kita pada masa akan datang. Yang penting, tekanan itu cumalah sebentar sahaja.
Namun begitu, tekanan yang berpanjangan, boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang dan ia boleh memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.
Apakah Penyebab Stress Boleh Berlaku?
1. Masalah kewangan
- bil tertunggak sebab tiada wang untuk melunaskan bil
- hutang yang tertimbun
- tiada pekerjaan
2. Kematian
- kehilangan orang yang kita sayang dan mereka yang sangat rapat dengan kita, boleh membuatkan kita merasakan bahawa separuh nyawa telah hilang.
- Ia bukan sahaja membuatkan kita rasa kesunyian, bahkan kematian orang yang kita sayang turut mengundang pelbagai emosi lain seperti kemarahan, kebencian atau penyesalan.
3. Hilang pekerjaan
- di berhentikan secara tiba-tiba, di saat anda tidak membuat sebarang persediaan, boleh menimbulkan rasa tertekan
- semasa covid mulai merebak dan selepas covid mulai reda, kita sering mendengar situasi di mana seseorang di berhentikan pekerjaan atas pelbagai alasan yang di sediakan oleh pihak majikan.
- sukar mencari pekerjaan yang sesuai bagi tempoh yang panjang, membuatkan seseorang akan mengalami depresi.
4. Kejadian Trauma
- Berlakunya bencana alam ataupun kemalangan di jalan raya, adalah sesuatu yang kita tidak boleh kawal dan elak untuk ia tidak berlaku
- Kejadian seperti ini, boleh menyebabkan individu yang mengalaminya sendiri akan mengalami masalah ptsd (post-traumatic stress disorder)
5. Masalah tempat kerja
- Berada di tempat baru dan suasana baru, terutamanya untuk mereka yang baru bekerja, boleh mendatangkan tekanan terutamanya mereka yang ada masalah untuk bergaul.
- Bila kurang bergaul, peluang untuk mendapatkan kerjasama dari rakan sekerja yang sudah lama bertugas, akan menjadi lebih sukar
- Kadang-kadang, tempat kerja yang jantina berlawanan lebih ramai dan majikan lebih mengutamakan jantina yang berlawanan, boleh membuatkan kurang keinginan untuk bekerja bersungguh-sungguh.
6. Masalah emosi
- Sebagai manusia yang mempunyai emosi, kita tidak terlepas dari merasa emosi terlalu rendah pada sesuatu ketika. Ketika ini, emosi kita sangat tidak stabil dan menimbulkan pelbagai rasa bimbang dalam diri.
- Jika ia di biarkan berlarutan, ia boleh mendapatkan kepada penyakit anxiety disorder.
7. Hubungan dengan pasangan
- pelbagai masalah boleh berlaku tidak kira semasa bercinta, bertunang atau dah berkahwin, tidak kira masalah itu besar atau kecil
Semasa sedang berada dalam stres, sangatlah penting untuk mengetahui cara mengawalnya dengan cara yang lebih baik dan dapat menyelesaikan masalah yang menimbulkan rasa stress itu dengan cepat, agar ia tidak berlarutan dan berpanjangan.
Bagi membantu menghilangkan rasa stress, Shaklee mencadangkan untuk mengambil 4 jenis vitamin ini.
[caption id="attachment_2897" align="aligncenter" width="752"]
Set Anti-Stress Shaklee[/caption]
Info Vitamin B
- Membantu mengawal tahap serotonin dan norepinephrine badan untuk kestabilan mental, mood, berikan keupayaan untuk mengatasi tekanan & berikan raa kegembiraan.
Info Ostenutrix
- Kalsium
- Mineral penting yang bekerjasama dengan serotonin untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan (anxiety) serta sokong kesihatan system saraf
Info Minyak ikan Omega-3
- Omega Guard Shaklee
- Penting untuk menstabilkan hormon kortisol, sekaligus mentstabilkan stress
Info Vitamin C
- Vitamin Sustained Release Vita-C plus
- Merupakan antioksidan yang melindungi sel badan akibat peningkatan hormon kortisol Ketika stress. Elak kehilangan vitamin c dari dalam badan akibat stress
Bagaimana nak order set anti-stress Shaklee?
[signoff]
Comments
Post a Comment