Vitamin Yang Sesuai Untuk Bekalan Haji & Umrah

 Assalamualaikum,

Panggilan telefon sebentar tadi dari seorang customer berusia awal 50-an, yang bakal menunaikan umrah tidak lama lagi menyedarkan saya bahawa belum pernah lagi saya kongsikan mengenai supplemen Shaklee yang boleh di bawa sebagai bekalan ke Tanah Suci, Mekah.

Asalnya, di zaman mudanya, pakcik ini juga memang pernah mengamalkan supplemen Shaklee. Sebab itulah, salah satu dari bekalan yang ingin dibawanya sebagai persediaan melakukan umrah ialah Vitamin Shaklee..

 

 

Sebelum saya terlupa, ingin saya kongsikan apakah vitamin yang saya cadangkan kepada pakcik tersebut di blog ini, buat tatapan anda juga. Manalah tahu kan, anda pun masih juga mencari supplemen yang boleh di bawa bekal untuk menunaikan fardhu haji & umrah nanti. Ataupun, sebagai bekalan orang tua kita apabila mereka melaksanakan ibadah haji & umrah. 

Antara Supplemen yang sesuai adalah seperti:

1. Performance Drink 

- Ia berperanan untuk mencegah masalah penghidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah & haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

 

2. B-Complex

- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (tindakbalas glukos) di samping memberi ketenangan kepada tubuh. Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur. Maka, B-Complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

 

3. Vitamin C Plus

- Ia sangat penting untuk sistem imunisasi tubuh kita. Ia bertindak sebagai anti-oksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum di makan. Ambil 2 biji sehari, sehingga demam kebah.

 

4. Vita-Lea 

- Multivitamin yang lengkap. Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, termasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian yang perlu untuk tubuh kita.

 

5. Ostematrix (Kalsium)

- Sesungguhnya ibadah umrah & haji memerlukan kudrat yang banyak, maka, keperluan tubuh kita kepada kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain, terasa semut2 atau lebih teruk, boleh terjadi ialah kekejangan otot kaki akibat berdiri terlalu lama atau banyak berjalan.

Secara asasnya, anda cuma perlu mengamalkan Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Performance Drink.

p/s : Walaubagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa supplemen ini hanyalah usaha kita untuk memastikan kesihatan optimum sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci. Namun, nikmat kesihatan (dan sakit) itu datangnya dari Yang Maha Esa, dan kepadaNYA lah kita bertawakal.. InsyaALLAH

 

set haji & umrah

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

 

[signoff]

Comments