Petua Mendapatkan Zuriat Cara Rasulullah S.A.W

Kebelakangan ini saya sering ditanya tentang tips untuk mendapatkan zuriat hasil perkongsian saya mengenai rakan saya yang BERJAYA HAMIL kali ke dua . Tahniah saya ucapkan kepadanya dan sesungguhnya pengambilan supplement itu sekadar satu USAHA. Semuanya kembali kepada Allah untuk mengurniakan zuriat atau tidak.





Ramai mungkin terlupa yang zuriat juga adalah satu bentuk REZEKI daripada Allah kepada kita.Oleh itu, selain daripada USAHA secara fizikal, kita perlu sertakan dengan amalan kerohanian bagi memperkuatkan keikhlasan hati kita meminta kepada-Nya.


Satu artikel yang menarik daripada blog PakarHowTo mengenai TIPS mendapatkan zuriat cara Rasulullah SAW.


Satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak..Berikut ini saya kongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil. 


Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:


“Ya Rasulullah!Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

 

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:

“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”


Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah.Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.


Mungkin ada diantara kita yang berfikir ;


“Alaahhh, ni petua biasa saja.Takde bukti pun ianya berkesan.Lagipun apa kaitan antara istighfar dan sedekah dengan orang yang nak hamil?”


Kepada yang ada fikir macam tu, ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia tampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.


Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul.Serta anda kena amal dengan istiqamah (secara berterusan, bukan sekejap buat, sekejap tak buat).


Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Sumber : pakarhowto.com


_________________________________________________________________________

Sungguh besar KUASA SEDEKAH itu. Lakukanlah secara istiqamah SETIAP HARI tanpa putus dan berniatlah

“ Ya Allah, semoga sedekah yang ikhlas ini akan 

kau pulangkan semula kepadaku dengan rezeki Anak”

 ________________________________________________________________________________

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

shakleelogo

FATIMAH BINTI TONY
Shaklee Independent Distributor [No. 887938]
Sms/WhatsApp : 011-3201 4534



Comments