Setiap insan adalah berbeza. Ada yang gemuk, ada yang obesiti, ada yang langsing, ada yang kurus, ada yang terlalu kurus. Kita kerap berbincang tips-tips bagi membantu untuk meningkatkan berat badan, namun jarang memperdulikan mereka yang berbadan terlalu kurus. Kesian kan kalau kawan-kawan kita kurus sangat macam wanita di dalam gambar di bawah ni. :-)
Jom baca petua di bawah ini, manalah tahu, dapat di kongsikan dengan saudara mara ke, kawan-kawan ke.
1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian
caranya:
- gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti
2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
caranya:
- pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.
3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
caranya:
- ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.
4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
caranya:
- minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. hindari makanan yang mengandungi banyak lemak
5.Melakukan senaman secara teratur
caranya:
- lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan
6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
caranya:
- ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat. ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.
7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
caranya:
- lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan
8.Sokongan makanan tambahan
caranya:
- contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil
_________________________________________________
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
FATIMAH BINTI TONY
Shaklee Independent Distributor [No. 887938]
Sms/WhatsApp : 011-3201 4534
Comments
Post a Comment