Anda rasa resah melihat kulit anda terbakar selepas pulang dari percutian? Jangan risau.. Sebelum anda merancang untuk membeli produk mahal di luar sana, jom baca tips yang mungkin membantu anda menjimatkan duit.
Tips mengurangkan masalah kulit terbakar
1. Daun lidah buaya
- Jika anda atau jiran sekeliling ada menanam daun lidah buaya, tibalah saat untuk anda memanfaatkannya. Ambil beberapa tangkai daun ini dan patahkan ditengahnya.
- Colek lendirnya dan sapukan ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. cuba amalkan setiap hari. Tidak lama kemudian, anda pasti dapat lihat kesannya.
2. Masker timun dan susu tepung
- Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campurkan dengan dua sudu susu tepung. Setelah Campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata.
- Jadikan ia seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung ini dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar
3. Tomato
- Selain timun, tomato juga mempunyai agen penyejukan sendiri. Cuci bersih tomato yang hendak diguna.
- Kemudian, belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah perlahan-lahan. Setelah habis, biarkan ia kering di muka seketika. Selepas kira-kira 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.
4. Guna kentang
- Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana. Tidak perlu buang kulitnya. Basuh bersih dan kukus sehingga lembut.
- Kemudian lenyek kentang itu sampai hancur. Sapukan ke wajah dan jadikan seperti masker. Khasiat ubi kentang juga dipercayai bagus untuk menyejukkan kulit yang terbakar.
________________________________________
Berminat untuk membeli produk Shaklee???
Boleh hubungi saya, untuk pesanan & Pertanyaan,
❤ Fatimah bt Tony
❤ Shaklee Independent Distributor ID: 887938
❤ Sms/whatsapp: 011-3201 4534
Comments
Post a Comment