10 Tips Pemilihan Katil Yang Selamat Untuk Cahaya Mata Pertama Anda...

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. :)



Dah beli katil baru untuk baby tak? Mesti eksited kan? Lebih-lebih lagi, kalau ibu hamil yang dah nak due tu, mesti super eksited. hehe.. 

Fatim ni, baby dah 2 tahun pun, rasa eksited. Sama seperti ibu hamil anak sulung. haha..



Memandangkan ramai ibu hamil yang dalam mood untuk beli barang baby, jom kita tengok dulu 10 tips untuk beli katil baby. Biar cantik dan selamat, k. :). 


Baca setiap poin tau, sebab setiap poin ni penting sangat. :)

  • Pilih katil baby yang dalam jaraknya antara bar katil antara 45 mm dan 65 mm, untuk mengelak daripada kepala baby tersepit antara bar. 
  • Pastikan tilam sentiasa bersih dan terletak kemas. Kulit bayi agak sensitif yang mengakibatkannya mudah terkena ruam dan gatal-gatal.
  • Jangan gunakan bantal dalam katil. Untuk tidur yang selamat, bayi anda memerlukan permukaan yang mantap dan mendatar. Ini penting  bagi mengelakkan sebarang bahaya.
  • Leakkan katil di tempat yang tidak terkena pancaran cahaya matahari, jauh dari tingkap, penyaman udara dan lampu. Ini akan membantu memastikan bayi anda berada dalam suhu yang selamat dan selesa.
  • Jangan selimutkan bayi terlalu berlapis-lapis atau memakainya terlalu banyak lapisan pakaian.
  • Pilih fabrik untuk cadar katil, sarung bantal dan selimut 100% kapas untuk mengelak bayi berasa panas dan tidak selesa.
  • Jangan tinggalkan bayi semasa dia berada atas meja tukar lampin. Elok sekiranya anda letakkan saja tikar tukar lampin atas lantai untuk mengelak risiko bayi jatuh.
  • Sediakan kerusi untuk anda melakukan penyusuan susu ibu.
  • Pastikan bilik sentiasa bersih dari habuk dan kekotoran. 
  • Jauhkan katil bayi dari mana-mana jenis kipas, samada kipas berdiri atau kipas jenis duduk.

Dah baca sampai habis, 10 tips penting kat atas? Jom kita jamu mata tengok katil baby pulak, k. :)























PERTANYAAN


p.s: Hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian vitamin.




FATIMAH BINTI TONY

  • SID NO : 887938
  • Sms/Whatsapp : 011-3201 4534
  • Email: fatimah_tony@yahoo.com
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA, sila hubungi saya. Ini kerana, anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

Comments