Meruang Membantu Membersihkan Miss V Dan Memantapkan Hubungan Asmara Bersama Suami

 Assalamualaikum,


Pernah tak mendengar perkataan meruang faraj? Saya tidak terkejut kalau ramai yang tidak tahu, terutamanya anak-anak remaja zaman sekarang.






Apakah Maksud Meruang Faraj?

Meruang faraj ini adalah merujuk kepada proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam faraj dengan jari telunjuk. Bagi sesiapa yang belum pernah buat, mungkin akan terasa ngilu. Tapi, untuk kesejahteraan hubungan suami isteri dan kebersihan dalaman Miss V, amalkan selalu. Mula-mula tak biasa, tapi lama-lama pasti akan terbiasa dan selesa.



Bidan-bidan zaman dahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:


  • Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yang tertinggal
  • Mencegah dari keputihan
  • Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim
  • Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri
  • Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan faraj di jaga rapi


Sekiranya masih anak dara, cukuplah sekadar meruang hingga ruas 1 sahaja, bagi yang dah berkahwin, meruang hingga ruas 3.


Bila perlu meruang?

Meruang perlu dilakukan setiap kali selepas berhadas besar iaitu

  • Selepas haid, 
  • Selepas berpantang atau habis darah nifas atau 
  • Selepas bersetubuh dengan suami. 


Posisi Meruang

Terdapat 3 posisi pilihan, mana yang lebih selesa:

  1. Duduk di atas mangkuk tandas
  2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
  3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas mangkuk tandas







Cara Meruang


1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Boleh guna Barra Gel NR atau antiseptik.



2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari) sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari-ari. Jika anak dara, memadai jika memasukkan jari sehingga ruas pertama sahaja.



3. Korek dicelah-celah dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.



4. Melalui proses ini, kalian akan dapat merasa 'kemantapan' tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda tidak rapi.



Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj, kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah 'kekeringan faraj'. Selepas di korek bersama barra gel, bilas sehingga bersih.




Ini adalah Barra Gel NR (Saya tak jual yer)




Ini juga merupakan cara-cara untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas meruang faraj beberapa kali, wanita itu belum wajib solat. 



Di dalam islam sendiri menggalakkan wanita yang selepas habis haid atau nifas, agar memastikan dalaman rahim, betul-betul bersih dari sebarang darah yang tertinggal, barulah menunaikan mandi wajib. Janganlah hanya sekadar melihat pada tuala wanita sahaja. Antara kaedah untuk memastikan dalam rahim betul-betul bersih dari darah, adalah dengan cara meruang.



Dan bagi yang nak jaga extra dalaman faraj, lepas dah meruang, bilas dan lap kering. Meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba. :)



Adakah Produk Shaklee Untuk Keintiman Wanita?


Jika anda ingin mencuba rahsia keanggunan wanita di hadapan suami, anda boleh mencuba Alfalfa Complex Shaklee, kerana ia ibarat kacip fatimah. Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan.









Kelebihan Alfalfa, antaranya:

  • Menghilangkan keputihan
  • Mengetatkan faraj
  • Membuang toksin di dalam badan
  • Membuang angin di dalam badan
  • Menghilangkan bau busuk faraj 
  • Memperbanyakkan air susu ibu



PERTANYAAN


p.s: Hubungi saya untuk konsultasi dan pembelian vitamin.




FATIMAH BINTI TONY

  • SID NO : 887938
  • Sms/Whatsapp : 011-3201 4534
  • Email: fatimah_tony@yahoo.com
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA, sila hubungi saya. Ini kerana, anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

Comments